hells blog

Thursday, March 30, 2006

Testis


Testis...testis... eh jadik! hohohohohoooo v(^0^)v

(bangun tido bang?.....)

Wednesday, March 29, 2006

Penyata Kewangan mase konvoi...


Helo...

Dah penat berkonvoi ke Teluk Batik.. skrang aku nk bgtau korang psl segala perbelanjaan aritu.. tiada sembunyik2, sumer ader kat bwh nie.. huhuhu

Kutipan Duit: RM600

Chalet: RM360
Tempat BBQ: RM10
BBQ: RM170
Tilam Lebih: RM10 (satu saje)

Balance: RM50

Balance ni sebenarnye duit Roy sbb dia tak pegi aritu, nnti aku pulangkan separuh kat dia (separuh je sbb kena penalti)... hehehehe...

So, tue saje aku nk bgtau... lps nie dgr2 ader xpdc lain lak.. maybe aku tak dpt join.. lain kali klu ader lg xtvt aku join la... hhuhuuhhu
=> long live engine <=
*p/s: best la gmbo nie sbb ader org amik gmbo nmpk bdn ngan kaki jerk... huhuhu

Tuesday, March 28, 2006

Convoy 2006~happening!


Assalamualaikum
Hola everybody.Its been a while eh..

Welcome back to all.Convoy 2006 - settle! Teluk Batik dan Pulau Pangkor dah di conquer... Ramai yang balik KL dalam keadaan pening2 kerana banyak sangat makan kambing.Walaupun malam tu semua belagak x makan sampai abis...tapi pagi keesokan hari tu..semua kebulur.Nasib baik ada Jack D bakar sisa2 sosej dan "hangat"kan balik ayam malam tu.tauuuu pon lapar.

Pagi2 buta lagi,dalam hujan,semua dah melayan ombak2 ganas Teluk Batik (especially Yeam..hahhaha..JP).So overall...Convoy 2006 kali ni mmg happening. Wait for Picnic 2006 - Gunung Ledang ...masih dalam perbincangan dan akan diadakan pada June 2006. Tunggu berita semasa ok..

Orait sape2 yang nak gambar...please click bawah sini dan view dan download selai2.Laju..sebab letak dalam server UIA.
Ok...chow..

Gambar2 Convoy 2006

p/s : Yuran dah bleh bayar dah nih...masuk bulan 4 dah next week...call Oni.huhuhu..

Wednesday, March 22, 2006

Virus baru...



Skrang nie virus baru telah menyerang beberapa ahli2 h3ll5. Virus nie dinamakan virus 'din'... huhuhhuu.. abis sumer namer ader 'din' diblakang..Asal usul virus nie aku kurang pasti la, mungkin bley tanya Jekdin @ Danieldin... dan telah tersebar meluas didlm komuniti kiter nie..

Nama2 seperti Jekdin, Danieldin, Samdin, Landin, Onidin, Madin, Alidin, Mad Mudin, Diladin, Azrudin, Akemdin dan mcm2 lagik adalah tidak asing dikalangan peminat2 virus 'din' nie... smpikan mad muda pon jadik mad mudin... huhuhuhu..

maybe di lain mase virus nie akan berkembang ke seluruh buana... huhuhuhu. Takde idea dah nie... saje je tulis, ter updated la cikit blog nie.....

P/s: Kak Kam = Kak Kamdin...

Tuesday, March 21, 2006

blog rosak

hahaah..blog tgh rosak.Nanti2 ah aku baiki... tader masa ahh skrg.... ok chow. haha ahha haa

Stay Alert.!!!!




Baru2 nie kiter dikejutkan dgn penemuan virus H5N1 (tak pasti samada gred J17 atau J29) di Perak. Tp jgn ler takut coz blom ader jangkitan disahkan setakat nie... Aku citer mende nie psl kiter kan nk konvoi ke Teluk Batik... huuhhu.. baca2...

Tiada penduduk Perak dijangkiti H5N1Oleh: SRY ANGRENI MOHD ZET
PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Kesihatan mengesahkan sehingga hari ini tiada penduduk di Perak dijangkiti Virus Avian Influenza (HPAI) H5N1, selepas kes terbaru selesema burung dikesan di dua kawasan di negeri berkenaan.
Sehubungan itu Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek (gambar) meminta orang ramai di sekitar Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta tidak panik dengan kes terbaru berkenaan.
``Bagaimanapun kita mengingatkan mereka segera berjumpa doktor jika mengalami masalah batuk, selsema dan demam,'' katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan serangan Virus H5N1 di kawasan berkenaan yang menyebabkan lebih 38,000 ayam, itik dan unggas dimusnahkan.
Soi Lek berkata, orang ramai yang mengalami masalah seperti demam, selsema dan batuk akan dirujuk ke Hospital Batu Gajah dan Taiping untuk pemeriksaan lanjut.
``Kedua-dua hospital ini mempunyai kemudahan yang diperlukan termasuk wad pengasingan serta alat perlindungan diri untuk pegawai kesihatan.
``Pesakit yang lebih serius akan dihantar ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan dan rawatan,'' jelasnya yang turut mengumumkan pembukaan talian hotline 03-88886212.
Beliau menjelaskan, Kementerian Kesihatan telah memulakan pemantauan aktif di dua kawasan yang terlibat.
``Ia termasuklah pemeriksaan saringan dari rumah ke rumah dalam lingkungan 300 meter dari kawasan yang dikesan berlakunya wabak itu,'' katanya.
Soi Lek berkata, lapan pasukan masing-masing empat dari Kerian dan Kinta terlibat dalam proses pemeriksaan saringan tersebut yang dijangka mengambil masa beberapa hari.
``Setiap pasukan ini ditugaskan untuk pergi dari rumah ke rumah di kawasan sekitar 300 meter dari Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta.
``Mereka akan mengenal pasti penduduk yang mengalami masalah demam, batuk dan selesema di kawasan terbabit,'' katanya.


Pihak Kerajaan telah mempertingkatkan lg operasi pencegahan.. tgk nie..:

JPH tingkat operasi cegah wabak selesema burung
KUALA LUMPUR 17 Mac- Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan meningkatkan aktiviti pemantauan dan operasi bagi mengawal merebaknya virus selesema burung setelah ia dikesan di dua kawasan di Perak beberapa hari lalu.
Langkah itu dibuat bagi mengelakkan penularan virus tersebut menular ke kawasan lain yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Dua kawasan yang terlibat sebelum ini ialah Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta.
Pengarah bilik gerakan JPH, Dr. Abu Hassan Mohammad berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi pemusnahan unggas bermula semalam.
Katanya, sehingga hari ini, pihaknya telah memusnahkan sebanyak 27,165 ekor ternakan membabitkan ayam, itik dan pelbagai spesies unggas lain.
``Ketika ini, JPH telah memusnahkan sebanyak 10,130 ekor ayam, 253 biji telur ayam, 16,760 ekor itik dan 22 ekor spesies unggas lain dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan yang terjejas,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

So, walaupun operasi pencegahan dibuat, tp rase nye kiter elakkan dulu mkn ayam n burung... utk BBQ kiter, ayam dan segala2 hidangan istimewa lain akan dibeli di sini ( Gombak)... ader le rase slamat ckit... cuma biler mkn tghari ke, sarapan ke.. kat sana nnti elakkan mkn ayam la.. wat sementara waktu je... OK..
"Makan dgn slamat, ingat la org tersayang"

P/s: Talian Hotline jika ader tanda2; 03-88886212

Akhir kater.. kiter enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!


(amaran ini ditaja oleh kopi Ali tongkatnye hilang)

Monday, March 20, 2006

Kisah dan Teladan...




Elooo... takde benda nk tulis ler kat sini.. bace je la benda nie.. huhuhuuhu



Dalam satu neighbourhood nie...... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi..... korang faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak dsangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.

Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang. Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.
Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya," aik??!!..... dari mana pulak datangnya patung nih??" "oooo..... patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo..... begitu." balas si suami. Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah.... makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak.......... dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan.......... segelas air pun awak tak bagi!!!!!!""

Monday, March 13, 2006

Info: Konvoi 2006


Assalamualaikum...

Aku cuma nk ingatkan yg tarikh konvoi ke Teluk Batik makin hampir... Minggu depan jerk. So, kepada sesapa yg belum bayo duit konvoi tu, sila ler bayo sebelum atau pada 24 MAC 2006. Tue kire last date la tu.. Time tue dah gaji dah.. hehehee

Kat sini aku ader letak senarai nama yg pergi dan yg dah bayo serta yg blom bayo lg...

Yg bayo:
1. Danial
2. Akem
3. Padil
4. Lan
5. Ebay
6. Hairi
7. Yeam
8. Ali

Yg lewat bayo (bersebab):
1. Samsol
2. Roy
3. Nuar

Mgkn ader perubahan ckit dari segi transport, sbb ader yg tak jadik pegi.. Nnti aku kompom balik ler. Chalet dah tempah dan bayaran dah buat. Utk komite, sila klik kat bahagian konvoi 2006 kat tepi tue.. chowww


Adiossss!!!

Wednesday, March 08, 2006

Pairs

PENGUMUMAN

BAGI MEREKA YG BOSAN DAN TAKDER KERJA.SILA COPY GAME YG BODOH TP MENGASYIKAN.
PERATURAN AMAT SENANG IAITU SETIAP PERGERAKAN TIDAK BOLEH MELEBIHI TIGA PATAHAN.

SILA TGK GAMBAR UTK KEPASTIAN ATAU HUBUNGI YAABBNA.



SILA KLIK KAT SINI UTK SAVE GAME.

HANYA 709 KB.RUGI BAGI ANDA YG TAK AMBIK.



Hahahahah.Korang main la.Mainan bdk2.Kita kembali ke zaman budak2 jap.Selamat berbudak-budakan.