Stay Alert.!!!!

Baru2 nie kiter dikejutkan dgn penemuan virus H5N1 (tak pasti samada gred J17 atau J29) di Perak. Tp jgn ler takut coz blom ader jangkitan disahkan setakat nie... Aku citer mende nie psl kiter kan nk konvoi ke Teluk Batik... huuhhu.. baca2...
Tiada penduduk Perak dijangkiti H5N1Oleh: SRY ANGRENI MOHD ZET
PUTRAJAYA 17 Mac - Kementerian Kesihatan mengesahkan sehingga hari ini tiada penduduk di Perak dijangkiti Virus Avian Influenza (HPAI) H5N1, selepas kes terbaru selesema burung dikesan di dua kawasan di negeri berkenaan.
Sehubungan itu Menterinya, Datuk Dr. Chua Soi Lek (gambar) meminta orang ramai di sekitar Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta tidak panik dengan kes terbaru berkenaan.
``Bagaimanapun kita mengingatkan mereka segera berjumpa doktor jika mengalami masalah batuk, selsema dan demam,'' katanya pada sidang akhbar di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan serangan Virus H5N1 di kawasan berkenaan yang menyebabkan lebih 38,000 ayam, itik dan unggas dimusnahkan.
Soi Lek berkata, orang ramai yang mengalami masalah seperti demam, selsema dan batuk akan dirujuk ke Hospital Batu Gajah dan Taiping untuk pemeriksaan lanjut.
``Kedua-dua hospital ini mempunyai kemudahan yang diperlukan termasuk wad pengasingan serta alat perlindungan diri untuk pegawai kesihatan.
``Pesakit yang lebih serius akan dihantar ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan dan rawatan,'' jelasnya yang turut mengumumkan pembukaan talian hotline 03-88886212.
Beliau menjelaskan, Kementerian Kesihatan telah memulakan pemantauan aktif di dua kawasan yang terlibat.
``Ia termasuklah pemeriksaan saringan dari rumah ke rumah dalam lingkungan 300 meter dari kawasan yang dikesan berlakunya wabak itu,'' katanya.
Soi Lek berkata, lapan pasukan masing-masing empat dari Kerian dan Kinta terlibat dalam proses pemeriksaan saringan tersebut yang dijangka mengambil masa beberapa hari.
``Setiap pasukan ini ditugaskan untuk pergi dari rumah ke rumah di kawasan sekitar 300 meter dari Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta.
``Mereka akan mengenal pasti penduduk yang mengalami masalah demam, batuk dan selesema di kawasan terbabit,'' katanya.
Pihak Kerajaan telah mempertingkatkan lg operasi pencegahan.. tgk nie..:
JPH tingkat operasi cegah wabak selesema burung
KUALA LUMPUR 17 Mac- Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) akan meningkatkan aktiviti pemantauan dan operasi bagi mengawal merebaknya virus selesema burung setelah ia dikesan di dua kawasan di Perak beberapa hari lalu.
Langkah itu dibuat bagi mengelakkan penularan virus tersebut menular ke kawasan lain yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Dua kawasan yang terlibat sebelum ini ialah Bukit Merah Laketown Resort, Semanggol dan Kampung Changkat Tualang, Kinta.
Pengarah bilik gerakan JPH, Dr. Abu Hassan Mohammad berkata, pihaknya sedang giat menjalankan operasi pemusnahan unggas bermula semalam.
Katanya, sehingga hari ini, pihaknya telah memusnahkan sebanyak 27,165 ekor ternakan membabitkan ayam, itik dan pelbagai spesies unggas lain.
``Ketika ini, JPH telah memusnahkan sebanyak 10,130 ekor ayam, 253 biji telur ayam, 16,760 ekor itik dan 22 ekor spesies unggas lain dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan yang terjejas,'' katanya ketika dihubungi hari ini.
So, walaupun operasi pencegahan dibuat, tp rase nye kiter elakkan dulu mkn ayam n burung... utk BBQ kiter, ayam dan segala2 hidangan istimewa lain akan dibeli di sini ( Gombak)... ader le rase slamat ckit... cuma biler mkn tghari ke, sarapan ke.. kat sana nnti elakkan mkn ayam la.. wat sementara waktu je... OK..

"Makan dgn slamat, ingat la org tersayang"
P/s: Talian Hotline jika ader tanda2; 03-88886212
Akhir kater.. kiter enjoyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!
(amaran ini ditaja oleh kopi Ali tongkatnye hilang)
3 Comments:
kawan aku ada cakap..klu ayam yg dimasak dgn betul,takda jangkitan.
Tp skrg ni aku tgh demam,batuk dan selsema..aku risau ni
By
yaabbna, at 2:36 PM
ler baik ko pi check doktor... pi klinik ker, hospital ke... bahaye beb!!
By
Tan Sri, at 3:50 PM
itu arr..skang naih sakit pe pun kena2 cepat2 check..tak kisah la kena gigit semut api sekali pun yg penting..kita WASPADA...ingatlah org yg tersayang...huhuhu
By
Anonymous, at 9:54 AM
Post a Comment
<< Home