Iftar Tg.Gila

Setelah bertungkus lumus melunaskan hajat kawan2 yg ingin berbuka puasa bersama kawan2 sekerja dan hasilnya agak mengecewakan.Bukan mengewakan dari pihak penganjur tapi dari pihak mereka yg ingin menjayakan.Apapun, majlis semalam berjalan lancar dan menarik.
Hakem telah mebuat tempahan meja utk 20 org yg pada dasarnya telah bersetuju dan menyetujui rancangan utk berbuka di Tanjung Gila, Port Klang.Sedikit kekesalan kerna pada minit2 akhir ramai yg mengundurkan diri dari menghadiri majlis kali ni.Terima kasih dan tahniah utk Hakem yg telah berusaha utk melancarkan majlis tersebut.
Antara mereka yg bertuah dan bersemangat utk menghadirkan diri ialah Hakem dan isteri, Sam dan tunang, Wawa dan Hafizul, Oni, Suci, Aloi dan Yaabbna.Pelbagai menu yg ditempah dan semua tersenyum dgn punuh nikmat kekenyangan dalam merasai makanan laut.Meja yg ditempah utk 20 org penuh dgn makanan yg sedia dimakan utk 10 org.
Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya utk semua.Diharapkan segala salah dan silap diampunkan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri